Tan Malaka di Jenderam
Sebagaimana yang sudah jadi pengetahuan umum, pada zaman darurat dahulu ramai penduduk kampung Jenderam, Sepang, Selangor yang menjadi penyokong dan pengikut PKM.
Akibatnya penduduk kampung itu telah dipindahkah ke Keluang, Johor, dan rumah serta tanaman mereka telah dimusnahkan oleh pihak kerajaan penjajah.
Mengikut Wikipedia, pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka dll pernah datang ke kampung itu, yang penduduknya terdiri daripada orang Minangkabau. Mungkin kerana pengaruh pemimpin dari Indonesia itulah maka penduduk kampung itu ramai yang menyokong PKM.
Akan tetapi, Wikipedia tidak menyatakan bila Tan Malaka datang ke kampung itu. Mungkinkah pada akhir tahun 1920-an dahulu?
1 comment:
Blog yang bagus.
Teruskan. Rakyat Malaysia umumnya kurang maklumat tentang pergerakkan Kiri tanah air.
Syabas!!
Post a Comment