Wednesday, June 14, 2006

Di mana Tan Malaka tahun 1945?

Hari ini saya melihat-lihat kembali buku Harry A.Poeze, " Pergulatan Menuju Republik: Tan Malaka 1925-1945", iaitu satu-satunya buku biografi Tan Malaka yang terpenting dan berwibawa.

Saya ingin tahu di mana Tan Malaka berada pada tahun 1945, pada zaman pendudukan Jepun dan selepasnya.

Nampaknya, sepanjang pendudukan Jepun, tahun 1942-1945, Tan Malaka berada di Jawa; tidak terbayang langsung dia pernah ke luar negeri, khasnya ke Malaysia.

Dengan itu, implikasinya ialah Mokhtaruddin Laso yang dikatakan menubuhkan PKMM di Ipoh pada bulan Oktober 1945 bukanlah Tan Malaka.

Mokhtaruddin Laso dan Tan Malaka jelas dua orang tokoh yang berlainan. Cuma yang tidak jelas bagi kita di mana Mokhtaruddin Laso berada dan bagaimana kehidupannya seleaps dia menghilangkan diri pada hujung tahun 1945 itu.

3 comments:

Khalid Jaafar said...

Terima kasih. Tiadakah gambaran tentang Mokhtarudin Laso selain yang diberikan oleh Boestamam dalam bukunya?

Andin Salleh said...

Saya masih mencari-cari maklumat tentang Mokhtaruddin Laso. Akan tetapi, setakat ini, selain daripada gambaran yang diberi oleh Boestamam,tak gambaran yang lebih jelas tentang diri beliau.

Saya ada terbaca (mungkin dalam buku Abdulah C.D) beliau balik ke Indonesia untuk mengelak dari ditangkap oleh pihak British. Akan tetapi, apakah aktiviti beliau dan bagaimanakah kehidupan beliau selepas itu, saya masih tiada maklumat.

Khalid Jaafar said...

Ini semua salah jabatan-jabatan sejarah di universiti kita. Apa yang mereka buat selama ini? Nampaknya Harat kamulah kena jadi ahli sejarah.