Thursday, February 07, 2008

Biografi Abu Samah Mohd.Kassim

Abu Samah Mohd.Kassim mungkin kurang dikenali berbanding pemimpin Melayu PKM yang lain, seperti Rashid Maidin dan Abdullah C.D. Namun, beliau telah dilantik menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak tahun 1975. Dengan itu, beliau adalah salah seorang pemimpin Melayu PKM yang penting.

Beliau yang kini masih hidup dalama usia lebih 80 tahun menetap di Sukhirin, Selatan Thailand bersama Abdullah C.D dan bekas anggota Rejimen Ke-10 yang memilih tidak pulang ke Malaysia dan menetap di negara asing itu.

Abu Samah yang berasal dari mukim Semantan, Temerloh ialah cicit Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan yang memimpin gerakan penentangan terhadap campur tangan Inggeris dalam politik dan pentadbiran Pahang pada tahun 1891-1891.

Abu Samah menyambung perjuangan Datuk Bahaman yang tidak kesampaian dengan menyertai gerakan politik kiri (PKMM dan API) pada tahun 1946-1948. Kemudian beliau menyertai Rejimen Ke-10, Tentera Pembebasan Nasional Malaya mulai tahun 1948.Beliau terlibat secara aktif dalam perang gerila menentang tentera penjajah Inggeris di Pahang mulai tahun 1948.

Abu Samah ikut berpindah ke Selatan Thailand pada tahun 1953, dan meneruskan perang gerila dari negara itu sehingga tahun 1989. Beliau hanya menghentikan perjuangannya dengan termeterainya Perjanjian Perdamaian antara PKM dengan kerajaan Malaysia pada tahun tersebut.

Perjuangan Abu Samah dalam masa hampir setengah abad itu adalah hebat. Sebagai catatan, beliaulah yang memimpin pasukan penggempur tentera PKM yang beroperasi di Kelantan pada tahun 1969 hingga 1976. Pasukan yang dipimpin oleh beliau hanya seramai 40 orang. Akan tetapi dengan taktik perang gerila, beliau tidak dapat dikalahkan, walaupun ada kalanya berhadapan dengan tentera kerajaan yang jumlahnya mungkin ratusan atau ribuan orang.

Kisah perjuangan Abu Samah yang hebat itu kini dapat dibaca dalam biografi beliau yang terbaru, yang ditulis oleh Dr.Mohamed Salleh Lamry. Buku tersebut bertajuk Abu Samah Mohd.Kassim: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman diterbitkan oleh SIRD Petaling Jaya (2008) dan boleh dibeli di kedai buku terkemuka seperti MPH dan Popular.

5 comments:

wan zaharizan b wan zan said...

Assalamualaikum

Sata amat memahami perjuangan Puak Kiri Melayu untuk mentarbatkan bangsa. Saya adalah cucu wahi annuar dari anak nya yang sulung. Saya amat berharap dapat temui Tuan, disini saya postkan email saya wanbozo@gmail.com harap tuan dapat hubungi saya

Andin Salleh said...

Sdr.Wan Zaharizan,

Saya telah menghubungi sdr. melalui alamat emel yang sdr berikan. Tapi tak ada respons drp sdr.Mengapa?

Harat

chemphg70 said...

walaupun tidak ramai yang mengetahui, Abu Samah adalah kebanggaan anak - anak Temerloh yang mmasih mewarisi jiwa perjuangan dauk nenek moyang mereka.

wan zaharizan b wan zan said...

saya terima tapi sebok sikit. Bila ada masa i will get intouch with you in kajang. My mobile is 019 251 4781

kenit said...

salam..ada berita tentang bapa kepada ayahanda abu samah mati minum racun adalah bohong..beliau bukannya minum racun apabila ayahanda abu samah menyertai PKM, tetapi hanya kerana sakit tua dan mati sebelum ayahanda menyertai PKM..
_waris perempuan pahlawan_