Di sebalik penerbitan buku tokoh komunis Melayu
Penerbit UKM ialah penerbit pertama yang merancang untuk menerbitkan buku-buku memoir dan biografi tokoh komunis Melayu.
Saya tidak tahu bila rancangan itu diputuskan. Mungkin di sekitar tahun 1999 atau lebih awal sedikit daripada itu, iaitu ketika Prof.Anuar Ali masih menjadi Naib Cancelor UKM. Khabarnya beliau tidak keberatan Penerbit UKM menerbitkan buku-buku itu, walaupun beliau tidaklah ghairah sangat dengan rancangan itu.
Manuskrip pertama yang diterima oleh Penerbit UKM ialah memoir Ibrahim Chik yang ditulis sepenuhnya oleh Ibrahim Chik sendiri. Manuskrip itu terpaksa diedit dengan banyaknya, dan saya adalah salah seorang yang ditugaskan mengedit buku tersebut pada peringkat akhir.
Kemudian menyusul manuskrip memoir Shamsiah Fakeh. Shamsiah juga menulis sendiri memoirnya, tetapi dengan panduan dan bimbingan seorang anggota Sidang Pengarang UKM.
Kedua-dua memoir itu sempat diterbitkan oleh Penerbit UKM pada tahun 2004.
Sebelum kedua-dua memoir itu siap dicetak, Penerbit UKM juga menerima dua lagi manuskrip, iaitu memoir Abdullah C.D. dan Rashid Maidin. Memoir Abdullah C.D. ditulis oleh pembantu peribadi beliau, Husin Yaakob (ada dinyatakan dalam Prakata), manakala penulis memoir Rashid Maidin nampaknya tidak dinyatakan.
Malangnya, selepas sahaja memoir Ibrahim Cik dan Shamsiah Fakeh diterbitkan, timbullah pelbagai tulisan dalam akhbar Utusan Malaysia yang mempertikaikan tindakan Penerbit UKM menerbitkan kedua-dua buku itu.
Akibatnya penjualan buku memoir Ibrahim Chik dan Shamsiah Fakeh "dibekukan" oleh pihak UKM sendiri, walaupun kedua-dua buku itu tidak diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Dalam hal ini, agak malang dan sayang sekali pihak Naib Canselor UKM sekarang (Prof. Mohd.Salleh Yasin) tidak berani mempertahankan penerbitan buku itu, dan tunduk kepada arahan orang atas yang dikatakan "tidak suka" buku itu diterbitkan.
Sementara itu, manuskrip memoir Rashid Maidin dan Abdullah C.D., yang telah siap diedit oleh pihak Penerbit UKM "terpaksa" diserahkan kepada penerbit lain (SIRD, Petaling Jaya), dan terbit pada akhir tahun 2005. Buku ini masih berada di pasaran, kerana dikatakan baru terjual kira-kira 1,000 buah bagi setiap buku, dan tidak diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Mengenai buku Rashid Maidin, saya tahu bukan beliau sendiri yang menulisnya. Tetapi saya tidak tahu mengapa nama penulisnya tidak dinyatakan dalam buku itu.
.
5 comments:
assalamualaikum... sy juga mencari buku shamsiah fakeh.. bertanya di penerbit ukm sendiri... akak penjual di kaunter sambil tersenyum berkata dia pun tak tahu bila penerbit ukm akan terbit semula buku tersebut.. sy rasa terkilan sbb tak beli buku tu awal2... mungkinkah buku tersebut akan terperuk dan terperam shj di ukm.. entah sampai bila...
terima kasih atas ulasan kamu.
minta kebenaran saudara:
saya akan masukkan ulasan kamu dalam entry saya nanti.
Memoir Shamsiah Fakeh, Dari AWAS ke Rejimen ke-10 (Edisi Baru - 2007)
RM30.00
http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=25&products_id=763
I saw copy of Shamsiah's book at the Labuan FT public library when I was sojourning there last year. Nothing to show anyone had borrowed it out though. The library is chiefly used by harassed parents to dump their kids in aircon comfort. It looks like a library but sounds - yes, sounds! - like a playground.
Post a Comment