Tuesday, September 19, 2006

Buku baru tentang komunis Melayu

Sekadar memaklumkan, sebuah buku tentang seorang tokoh komunis Melayu baru sahaja diterbitkan oleh SIRD, Petaling Jaya.

Buku ini bertajuk Gerakan dan Tokoh Kiri : Kamarulzaman Teh dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan. Penulisnya ialah Mohamed Salleh Lamry, penulis buku Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan.

Buku ini telah diiklankan oleh Kinibooks dan boleh dibeli secara online melalui Kinibooks.

Saya jangka buku ini akan berada di pasaran dalam waktu terdekat, khasnya di Pekan Buku UM dan di rangkaian kedai buku MPH.

2 comments:

Mohd Faizal said...

asm, saya telah menghadam 3 buah memoir yg agak kontroversi di UKM iaitu Memoir Shamsiah Fakeh, Dari AWAS ke reg 10, Memoir Ibrahim Chik, Dari API ke reg 10 dan Abdul Majid Salleh Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh, dan sekarang sedang membaca Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, karangan Mohd Salleh Lamry. Jelas tokoh2 kiri ini juga sangat mempengaruhi perjuangan kemerdekaan tanah melayu, cuma saya agak ragu-ragu bila Komunisme menyerap masuk dalam gerakan ini atau pun sebaliknya. Kerana apa? mungkin ada dua sebab, 1. saya belum mengerti apa itu Komunisme dan 2.Banyak lagi buku yang saya perlu baca. Tahniah kepada anda kerana membuka ruang untuk di kaji dan diselidiki susur galur kemerdekaan tanah air oleh anak merdeka seperti saya. Semoga tokoh2 ini tidak di hapuskan dalam sejarah kemerdekaa tanah air.

Andin Salleh said...

Selepas perang dunia kedua, komunisme (dan sosialisme) ialah ideologi yang mendapat dukungan yang luas, dan banyak dipegang oleh pejuang kemerdekaan dipelbagai negara yang masih terjajah, seperti Indonesia, Burma, India, Filipina, Kemboja, Vietnam,Cuba, dan lain-lain.

Jadi perkembangan komunisme di Malaya pada zaman selepas perang dunia kedua harus dilihat dalam konteks tersebut -- dalam konteks global.

Sebagaimana yang kita tahu, komunisme tidak diterima oleh majoriti rakyat negara ini, khasnya oleh orang Melayu. Ini sudah menjadi sejarah.Hanya yang ingin saya tegaskan, orang-orang komunis juga ada peranan dalam perjuagan keemerdekaanm.Ini barangkali tidak perlu dinafikan.