Thursday, August 23, 2012

Pemuda meminati gerakan PKM

Hari ini saya dikunjungi oleh dua orang pemuda dari NS yang berminat tentang gerakan politik kiri, termasuk gerakan komunis.

Salah seorang daripada mereka telah pergi ke Sukhirin tidak lama dahulu untuk berjumpa dengan Abdullah CD dan lain-lain bekas anggota Rejimen Ke-10.

Saya menegaskan kepada mereka bahawa sebelum Darurat tahun 1948, PKM adalah parti yang sah, dan boleh bergerak dengan bebas, walaupun mereka lebih suka bergerak di bawah tanah.

Walaubagaimanapun pada masa itu, PKM  belum lagi dilabelkan sebagai parti antiagama, dan tidak ada stigma bagi sesiapa yang menjadi anggota PKM.

PKM berjuang untuk menentang penjajah. Oleh itu ada orang Melayu yang menyertai parti itu dalan konteks perjuangan tersebut.